NAMAKU SEORANG YANG FARIS

HIDUP ATAS LANDASAN AGAMA.SEJARAH DIJADIKAN PENGHAYATAN,IKTIBAR,DAN PENGAJARAN.MASIH BELAJAR UNTUK MENGENAL SANG PENCIPTA,ALLAH S.W.T.PERJALANAN RIBUAN DAN JUTAAN TAHUN MERENTASI MASA DEMI SEBUAH MATLAMAT YANG TERAGUNG,BERJUMPA ALLAH DI SYURGA.

Waktu lapang bagiku kebiasaannya hari sabtu dan ahad.Peristiwa ini masih lagi segar dalam ingatanku dan penuh iktibar.Aku baru terfikir pada hari ini aku nak menulis peristiwa yang penuh pengajaran buat diriku.Sudah menjadi kebiasaan bagi diriku untuk bermuhasabah diri sendiri.Peristiwa ini sebenarnya dah lama berlalu dan aku tak terfikir iktibar yang perlu ku ambil dan tanpa disedari.Beberapa bulan yang lalu, selepas beberapa hari program MMS(Minggu Mesra Siswa).Tidak silapku,ia berlaku pada hari Sabtu.Pada hari itulah aku berasa gembira sebab keluargaku datang nak menjenguk keadaan aku.Jadi aku menunggu di dalam bilik dengan penuh sabar.Secara tiba-tiba,aku didatangi oleh kawanku yang sama kelas denganku.Dengan gembiranya mereka mengajak aku pergi berkelah di sutu tempat yang menarik.Kalau diikutkan hati,memang aku nak pergi sebenarnya sebab seronok bergembira bersama-sama kawan.Tetapi ,dalam pada masa yang sama,keluargaku datang,jauh dari Kampung Melayu Subang ke Segamat,tempat yang ku duduki sekarang.Bila difikirkan secara panjang dan berkali-kali,aku ambil keputusan untuk bersama keluargaku.Jadi,dengan gembira dan bangganya aku menolak tawaran kawanku.Jadi,kawanku terus memujuk aku habis-habis supaya mengikut mereka pergi berkelah.Walaupun aku dipujuk berkali-kali ,aku tetap katakan tidak sambil mengatakan AKU SAYANGKAN KELUARGAKU.MINTA MAAF,KAWAN .AKU TAK BOLEH PERGI.Kawanku ini bukan jenis putus asa orangnya walaupun dia tahu keluargaku datang.Alternatifnya,dia nak nombor telefon ibu bapaku sebab nak beritahu aku pergi berkelah bersama-sama kawanku.Tetapi aku tetap berkeras aku tak nak bagi nombor telefon ibubapaku dan dengan alasan yang munasabah dan mampu mengalahkan kawan ku ialah KELUARGAKU DATANG DARI JAUH,DARI KAMPUNG MELAYU SUBANG,BUKAN DARI SEGAMAT.Dengan kuasa Allah S.W.T.,akhirnya kawan aku terpaksa mengalah.Puas hati aku.Ada sebab kenapa aku tak boleh mengikuti mereka,kerana kalau aku mengikuti mereka,aku ini macam anak tak guna,anak derhaka dan anak celaka pada anggapan diriku sendiri.Dahlah ibubapa datang dari jauh nak menjenguk aku,siap ambil berat pasal aku di sini,senang-senang aku tinggalkan kelurgaku atau lebih senang dikatakan mengabaikan keluarga dan lebih mementingkan kawan-kawan.Aku tak kata kalau pergi berkelah bersama-sama dengan kawan-kawan ada baiknya,tetapi lebih bagus dan afdal lagi kalau keluargaku diutamakan selepas Allah S.W.T. dan agama islamku yang tercinta.Kepada pembaca blog,saya harap anda ambillah ia sebagai satu pengajaran buat diri anda supaya anda lebih menyayangi keluarga anda berbanding segala isi harta duniawi.Keluarga kita adalah harta kita yang tak ternilai.Ingatlah,kelurga anda perlu diutamakan terlebih dahulu sebelum perkara-perkara yang lain.

Dalam kehidupan seharian ,kita seorang manusia tidak terlepas dengan dua sifat,yakni rajin dan malas.Rajin dan Malas ini sebenarnya ada kebaikannya dan keburukannya.Sebenarnya,bergantung kepada diri sendiri masing-masing untuk mengaplikasikan kedua-dua sifat tersebut.Tetapi bagi diriku,memang bermasalah sebenarnya.Setiap kali aku nak menuntut ilmu pengetahuan,mesti ada penghalangnya.Siapa lagi kalau bukan sifat malas akulah.Seringkali aku terpaksa bertarung dengan sifat negatif yang sepatutnya menjadi sifat positif bagi diriku.Maksudku di sini ialah sifat malas boleh menjadi sifat positif jika aku mengaplikasikannya ke arah kebaikan seperti malas bergaduh,malas mengumpat,malas membuat maksiat,malas berbuat jahat,dengki dan menabur fitnah terhadap orang lain,malas meninggalkan solat,malas nak marah orang,malas membuat kerja sambil lewa,malas nak kurang ajar terhadap orang yang lebih tua terutamanya ibu-bapaku,malas nak bergaduh,malas nak buat benda yang boleh memusnahkan diriku sendiri dan lain-lain lagilah yang ke arah positif sahaja..Fikirkanlah.Sebenarnya,sebahagian sifat malasku yang ke arah kebaikan kebanyakannya ku amalkan.Tetapi ada sebahagian sifat malasku yang membawa ke arah keburukan tetapi walaupun sedikit,tetapi memberi kesan yang cukup besar terhadap diriku.Yakni sifat malas belajar sahaja.Sifat malas inilah yang menyebabkan aku belajar sambil lewa.Itulah perkara yang paling aku benci dalam kehidupanku.Sebenarnya agak susah nak melawan sifat malas yang ke arah negatif.Setakat sifat malasku ke arah positif itu tidak mengapa.Tetapi yang aku ada sifat malas ke arah negatif.Sukar nak melawan perkara sebegini.Kemungkinan ini adalah ujian daripada ALLAH S.W.T. untuk menguji diriku sejauh mana aku boleh mencapai cita-citaku untuk menjadi seorang muslimin yang berjaya di dunia dan di akhirat dan juga sejauh mana aku boleh menghadapi cabaran dalam hidup.Tentu sahaja ada hikmah di sebaliknya.Walauapapun,satu hari nanti,aku pasti akan berubah menjadi orang yang rajin hanya ke arah kebaikan sahaja.Pesan pada diriku dan pembaca blog,nak jadi orang yang rajin boleh,tetapi hanya ke arah positif ,bukan ke arah negatif.Insyaallah,berjayalah kita di dunia dan di akhirat.

Dalam menjadi seorang siswa,aku juga tidak terlepas daripada kesibukan dalam menuntut ilmu-pengetahuan.Tetapi,walauapapun,sesibuk aku sekalipun aku tetap akan bersembahyang juga.Kadangkala,aku menunaikan solat berjemaah bersama para muslimin yang lain sahaja sebaik sahaja masuk waktu solat(azan berkumandang) dan kadangkala juga aku menunaikan solat agak lewat juga pun ada.Tetapi sebab keinginan nak solat berjemaah, sentiasa aku berada di masjid jika tiada sebarang aktiviti atau kelas ataupun ketika menunggu kelas.Ketika aku berada di masjid,selepas selasai aku beribadah,kebiasaannya aku akan tidur dahulu atau membaca ayat Al-Quran dan terjemahannya.Sepanjang aku berada di masjid,aku masih teringat akan peristiwa yang memberi pengajaran yang bermakna buatku.Peristiwa ini berlaku ketika Bulan Ramadan yang lalu jika seingatku.Sebaik sahaja aku habis menunaikan solat fardhu zohor,terus aku bersandar pada dinding untuk melepaskan penat lelah yang ada.Tiba-tiba ada seorang hamba Allah yang datang untuk menunaikan solat fardhu zohor dan ketika aku sedang memerhatikan hamba Allah tersebut,aku terkejut dengan rupa fizikal kaki tersebut yang seolah-olah bengkok atau boleh dikatakan hambaAllah ini tempang kakinya.Jika dilihat, hamba Allah ini memang kurang upaya.Tetapi,walau kurang upaya hamba Allah pun,dia tetap menunaikan solat juga.Lantas aku cuba berfikir dan tertanya-tanya."Bagaimanakah orang kurang upaya boleh menunaikan solat sedangkan kita yang memiliki fizikal tubuh badan yang begitu sempurna tidak boleh menunaikan solat?"Malulah kalau umat islam pada hari ini macam ini.Fizikal tubuh badan begitu sempurna tetapi kita tidak mahu menunaikan solat.Ditambah lagi kita memandang rendah pada solat.Sedangkan solat adalah paling mustahak daripada kerja duniawi.Lihat sahaja orang kurang upaya,dia boleh menunaikan solat dan mengapa kita tidak boleh?Sebenarnya tiada alasan untuk kita tidak bersolat melainkan kita berada dalam keadaan uzur dan bagi kaum hawa sahaja,haid.Solat sebenarnya adalah tiang agama.Ia bolehlah diumpamakan untuk membina sebuah rumah,ia memerlukan tiang supaya dapat mengelakkan rumah daripada runtuh dan mengukuhkan lagi rumah tersebut.Tiang sebahagian daripada komponen rumah dan bangunan juga.Senang digambarkan dan dikatakan ,tanpa tiang,tidak boleh membina rumah dan bangunan.Begitu juga dengan Agama Islam,tanpa solat runtuhlah agama tersebut.Untuk mengukuhkan Agama Allah tersebut,umat Islam wajib bersolat untuk menegakkan dan mengukuhkan agama yang benar tersebut.Ditambah lagi solat adalah wajib bagi umat islam.Tanpa menunaikan solat,keadaan orang islam itu samalah dengan orang yang murtad.Sesungguhnya,manusia dan jin dicipta oleh Allah untuk beribadat.Solat boleh dikatakan sebagai penghubung antara manusia dengan Allah S.W.T disamping mendekatkan diri kepada Allah S.W.T.J.Ini jelas menunjukkan bahawa banyak kebaikan yang akan diperoleh daripada solat dan juga betapa mustahaknya solat tersebut.Apa yang berlaku pada hari yang lepas menyebabkan aku sedar dan insaf betapa manusia islam di muka bumi perlu beribadah kepada Allah S.W.T.Aku juga berpesan-pesan pada diriku dan pembaca blog yang setia supaya sentiasalah kita beribadah kepada Allah S.W.T. dan sama-samalah kita menegakkan agama Allah yang benar .Ingatlah janji-janji Allah terhadap hambaNya yang menegakkan agamaNya akan memperoleh kemenangan di dunia dan akhirat.

Tatkala aku berada di fasa baru dalam kehidupanku,banyak masa yang ku perlukan dalam menyesuaikan diriku dengan persekitaran yang ada.Sukar dipercayai bagaimana aku yang mendapat keputusan SPM yang teruk dalam sejarah peperiksaan besar boleh diterima masuk ke universiti dan menjadi seorang siswa .Hanya Allah sahaja yang tahu.Wallahhualam.Kelas ISD1E6 adalah kelasku yang baru selepas kelas tingkatan 5SCIENCE.Kelas itu boleh dikatakan mempunyai pelajar seramai lebih 30 pelajar universiti,begitu juga dengan kelasku pada tahun lepas.Kelas D.I.I.M. terbahagi kepada 6 kelas,daripada ISD1E1 sehingga ISD1E6.Boleh dikatakan pelajar perempuan lebih ramai daripada pelajar lelaki.Dalam kelas,aku bersifat seorang pendiam dan agak pemalu orangnya.Jarang aku berkomunikasi dengan orang lain.Terlalu jarang sebenarnya.Namun,kemungkinan besar suatu hari nanti aku akan berkomunikasi dengan orang lain juga akhirnya.Dalam menjadi seorang pendiam dan pemalu,aku dapat berkomunikasi hanya dengan kawan rapat yang ku kenal,itupun ketika aku berada di zaman sekolah.Tetapi, aku masih ingat dia sebenarnya,walaupun sudah dekat setahun aku tidak berjumpa dengannya.Aku masih ingat panggilan sesama kami.Dia memanggil ku Doktor Faris kerana cita-citaku ingin menjadi seorang saintis manakala aku memanggil dia dengan panggilan mesranya Cikgu Hakimuddin.Nama dia adalah Hakimuddin.Di zaman sekolahku,dia adalah pelajar aliran sastera dan aku pula pelajar aliran sains.Aku mula mengenali dia ketika aku menghadiri sesi ceramah cikgu motivasi pada ketika itu.Dia sebenarnya seorang kawan yang paling teramat baik , tegas dan sukar dicari sebenarnya.Ketika aku susah dia akan menolongku dan mengambil berat pasal aku .Kebiasaannya dia akan memberi motivasi dan menolongku dalam pelbagai cara dalam menyelesaikan masalahku.Seringkali aku sentiasa berjumpa dengannya ketika di perpustakaan selepas habis waktu sekolah.Dia adalah Ketua Pengawas Pusat Sumber Sekolah Menengah Kebangsaan Pengkalan dimana sekolahku terletak di kawasan Taman Pinji Mewah,Pengkalan Lahat,Ipoh,Perak.Dia sebenarnya kawan yang paling baik dan antara yang terbaik aku pernah jumpa sepanjang aku berkawan dengan orang yang ku kenali.Walaupun hampir beberapa bulan aku tidak berjumpa dengan kawannya,tetapi aku berharap satu hari nanti aku akan berjumpa dengannya bila tiba masanya nanti.Kini,dia adalah seorang pelajar jurusan Sains Sosial di Universiti Islam Antarabangsa.Bagi aku,bertuahnya dia kerana dia dapat memasuki universiti yang paling kuminati.Kalau diikutkan hati,baik aku masuk ke Universiti Islam Antarabangsa.Kelas ISD1E6 pada aku kemungkinan besar tidak banyak bezanya dengan kelasku yang lalu.Rasanya begitulah tanggapanku.

Kebiasaannya,kelasku semuanya bermula pada waktu pagi,terutamanya hari selasa hingga jumaat.Kecuali hari isnin kerana kelas bermula pada waktu petang.Setiap kali selepas kelas,tempat yang dituju pastinya perpustakaan.Kadangkala jika waktu makan tentu sahaja di restoran dan gerai,tetapi selalunya aku tak makan pun pada waktu yang ditetapkan dan kadangkala aku tak makan pun.Boleh dikatakan 2 atau 3 kali sehari.Masuk waktu sembahyang selalunya paling kerap di masjid dan jarang sahaja sembahyang di kolej.Di sebelah malam pula,kadangkala pergi masjid dan kadangkala di perpustakaan.Hari sabtu dan ahad,kadangkala aku habiskan masa dengan tidur dan kadangkala pergi keluar ke Bandar Segamat untuk membeli barang keperluan atau lepak dan bersiar-siar di sekitar kota sahaja.Kalau bosan pun,pergi ke perpustakaan sahaja.Macam -macam buku aku jumpa.Selalunya aku lebih suka tengok gambar daripada membaca.Kalau menarik,tentu sahaja aku membaca sambil menghayatinya sehingga aku faham.Itulah rutin hidupku seharian.Ada komputer riba lagi seronok,tetapi jurusan yang aku ambil nak kena disiasat terlebih dahulu sebelum membeli komputer riba samada jurusan ini memerlukan komputer atau tidak.Kalau tidak,rugi.

Daripada seorang pelajar sekolah menjadi seorang siswa.Menjadi seorang siswa bagiku tentu mencabar jika sekiranya aku belajar bersungguh-sungguh.Sebenarnya insyaallah aku boleh menjadi seorang pelajar yang berjaya,tetapi malang sekali aku ada musuhku.MALAS,TAKUT DAN PUTUS-ASA.Itulah perkara yang paling aku benci dalam hidupku ketika aku sedang berusaha gigih dalam mencapai kejayaan.Tambah lagi dengan kehidupanku seorang siswa.Macam mana agaknya aku nak menghadapi cabaran hidup?Hanya Allah saja yang tahu hala tuju hidupku macam mana.Aku sendiri pun pernah mengalami pengalaman sebagai seorang pelajar sekolah.Kini aku alami kehidupan sebagai seorang siswa.Keadaan sekolah dan universiti agak berbeza.Tapi,walauapapun insyaallah aku akan biasakan diri dengan keadaan di universiti.Di universiti,segala-galanya aku kena buat sendiri.Tidak ada keluarga yang dekat denganku.Terpulang pada diriku sendiri samada aku hadir ke kelas atau tidak.Tetapi,aku lain.Aku memang tidak suka menjadi kaki ponteng kelas.Buat apa aku nak melakukan perkara sebegini.Dahlah keluarga dan saudara-mara bersusah-payah nak masukkan aku ke dalam universiti .Tambah lagi aku datang dari jauh nak belajar,senang-senang saja nak jadi kaki ponteng.Baik tak payah masuk universiti kalau perangai macam itu.Bagiku,dalam kehidupan seorang siswa,tentu sahaja dia akan habiskan masanya di kelas,perpustakaan ,menelaah pelajaran di mana-mana sahaja dan paling penting melakukan ibadah wajib di masjid.Aku berharap diriku akan menjadi sebegini.Kelasku alhamdulilah kebanyakan waktu siang.Sedikit sahaja waktu malam.Itupun hari selasa.Makan minum pun alhamdulilah setakat ini tidak ada masalah pun.

Masuk ke universiti seumpama Allah memberi peluang kedua buatku untuk menebus kesilapan yang lampau.Maklumlah,aku hanya seorang sahaja di sini.Setahu aku,selama ini aku menganggap universiti hanya untuk orang pandai sahaja.Tetapi ternyata aku silap.Seeloknya,mungkin aku patut ambil peluang keemasan ini.Tidak tahulah kalau aku pandai ambil dan guna peluang yang ada atau tidak.Walauapapun,tengok keadaan yang sebenarnya.Diriku ketika di sini,aku umpama hilang arah dan tujuan kerana tiada keluarga di sisiku.Apa yang penting,aku harus belajar bersungguh-sungguh.Insyaallah.Paling penting bagiku selain ilmu,sifat-sifat baikku dan agamaku perlu aku pertahankan supaya aku tidak sesekali terjebak dalam gejala negatif.Di siang hari,pada masa lapangku,aku pergi ke Bandar Segamat untuk membeli barang keperluan.Duit yang aku ada pada ketika itu berjumlah RM500.00 lebih.Satu jumlah yang besar,tetapi perlu ku berpada-pada untuk menggunakannya.Dengan menaiki bas kuning yang tambangnya hanya RM2.00,aku menuju ke bandar tersebut. Kali pertama aku pergi ke bandar seorang diri.Sebelum ini,aku pergi bersama dengan keluargaku dari kecil lagi.Tetapi,sekarang keadaan sudah lain bagi diriku.Pada keesokan hari,kelas pun bermula.Dalam pada masa yang sama,pelajaranku bermula.Boleh dikatakan semua subjek yang berkaitan dengan jurusanku dalam Bahasa Inggeris.Salah satu cabaran dalam pelajaran sebenarnya.Tetapi,bolehlah tahan pengajarannya.Selepas kelas,selalunya tempat yang paling aku suka mesti pergi ke perpustakaan.Perpustakaan ini kali ini agak berlainan.Berbeza dengan Pusat Sumber Sekolah.Selalunya,kalau pasal buku,aku akan cari buku tentang sains dan teknologi,sejarah antarabangsa dan negara,novel,majalah dan lain-lain lagi.Subjek buku yang paling ku minati adalah sejarah islam,teknologi angkasa lepas ,sejarah peperangan dan sains militari.Tetapi di dalam perpustakaan,bisanya aku akan baca berkaitan dengan sejarah peperangan dan sains militari.Mujurlah,aku menjumpainya.Selalunya,aku lebih suka membaca sambil melihat gambar-gambar yang ada.Kalau nak diikutkan hatiku,hendak sahaja aku nak habiskan masa di sini selepas kelas.Banyak buku yang menarik perhatianku.

Powered By Blogger

CBOX

About this blog

Blog ini mengisahkan kehidupanku dalam mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.Pelbagai cabaran dan dugaan yang terpaksa kuhadapi.Tetapi,walauapapun,aku tidak keseorangan kerana adanya ALLAH S.W.T. di sisiku selain keluargaku,saudara-maraku,sahabat handai dan lain-lain.Insyallah

Followers